Resep Puding Diraja

Resep Puding Diraja

Puding diraja memiliki rasa yang manis dengan sedikit rasa gurih, karena memiliki bahan dasar pisang dalam pembuatannya.

Pisang yang ditemukan pada puding diraja juga dicampur dengan sejumlah bahan lain seperti susu evaporasi, kismis, kacang mete, atau buah ceri. Puding diraja juga biasanya disajikan dengan sejenis saus yang mirip dengan vla, dibuat dari bahan susu dan tepung jagung.

Dahulu, puding diraja biasa disajikan untuk keluarga kerajaan Malaysia yang tinggal di Kota Pahang. Namun kini, makanan ini juga sudah bisa disantap oleh rakyat jelata. Umumnya, mereka memakan puding diraja di siang hari ketika matahari sedang terik, atau sebagai hidangan berbuka puasa.

Bahan-Bahan

Bahan untuk Jala Emas :

  • 7 biji telur.
  • 2 senduk gula.
  • 2 cawan air.

Bahan untuk hiasan :

  • 3-5 biji pisang lemak manis (Jangan masak sangat).
  • buah ceri merah dan hijau.
  • kacang gajus.
  • Buah prune
  • Strawberi | jika suka

Bahan untuk kuah :

  • 3 biji kuning telur.
  • 1 tin susu cair.
  • 1/2 tin air (guna tin susu tadi).
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 11/2 senduk gula.
  • 1 helai daun pandan.

 

CARA MEMASAK

Cara menjala :

  • Masukkan air bersama air gula dalam kuali dan tunggu sehingga gelegak
  • Sebatikan kuning telur tadi dan tapis untuk mengelakkan ia daripada susah keluar waktu menjala.
  • Masukkan dalam botol muncung tiga (botol roti jala) atau kelongsongkan daun pisang dan buat lubang yang kecil pada hujungnya (cara zaman dulu).

Teknik menjala:

  • Untuk menjala pastikan jangan diangkat botol tersebut untuk mengelakkan daripada putus (tak cantik ler) dengan cara picit secara membulat ikut bentuk kuali.
  • Tunggu dalam 2 minit sedia diangkat dan toskan ia.
  • Goreng pisang menggunakan mentega (jangan dipotong pisang tersebut).
  • Air gula jangan dibuang terus masukkan pisang yang digoreng tadi.

Cara buat kuah :

  • Masukkan susu cair,kuning telur,gula,esen vanila dan air ke dalam bekas.
  • Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali.
  • Kukus bahan tadi didalam periuk yang berisi air panas menggelegak atau nak masakkan terus boleh tapi jangan biar sampai berketul.
  • Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat.
  • Tutup api dan sejukkan,(masukkan dalam peti ais).

CARA HIDANG :

  • Bila nak makan,letakkan pisang yang digoreng ke dalam mangkuk puding.
  • Hiaskan ceri hijau dan merah dan juga kacang gajus atasnya.
  • Tuang kuah yang sejuk atasnya.

Artikel Kuliner Masakan

Temukan Inspirasi Masakan Kuliner Anda Disini

Kantor Kami

Kantor Kami

Produk Kami

© 2021 Nasi Kotak Tasneem